Wednesday, August 26, 2009

Resepiku










Koleksi Citarasa My Home






. ..Kan Ku Abadikan,Untuk Tatapan Myhubby Mohd Irman Arshad & MySweet Muhamad Muiz Danial and Muhaimin Irfan.. ..adakala rasa tercipta dari cinta dan kasih sayang.. Hai!! Saya bukannya pandai memasak tetapi saya suka mengumpul resepi buat selera my family dan koleksi peribadi,secara umumnya resepi2 di sini diambil dari website yg disurfing dan ada hasil cubaan dan diolah tambah sendiri mengikut selera..so,kalau mahu dicuba bersama manatahu menepati selera anda dan ia ada disini..semoga sama2 bermanfaat dan bisa menjadi menu harian anda..

Selamat menjamu Selera!!…..










Tip & Trick Recipes

1. Air Soya/Tau Foo Fah Nak Buat Sendiri?


Bahan-bahannya

300 gram kacang soya3
sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan


Cara-caranya

1. Rendam kacang soya selama 4 – 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit – 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.




NAK BUAT “BUDU” SENDIRI

CARA MEMBUAT BUDU VERSI PERANTAU

Sukatannya ikut gelas yg digunakan:-Kalau 3 gelas bilis(bilis dibersihkan dan dijemur seharian sebelum diperam) +1 gelas garam..seeloknya garam kasar.-2,3 keping asam keping dan sedikit saja nise(gula melaka dari kelate) air masak secukupnya,biar diparas atas sedikit bahan tadi….dan sesuai di buat di musim panas sebenarnya sbb petua mak…kena selalu jemurkan panas..supaya bilis senang hancur..dalam tempoh 2-3 bulan dah dapat hasilnya nanti.


BUDU

Bahan-bahannya;

Ikan bilis segar ( sebesar ikan bilis yang dibuat kering tu)
garam
asam keping
gula melaka/manisan


Caranya


1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
2. Gaulkan bersama garam sehingga rasa kesat di tangan ( menunjukkan garam cukup masinnya)
3. Masukkan beberapa asam keping dan gula melaka. Digaul rata.
4. Masukkan ke dalam botol. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu( bagi mengelakkan lalat bertelur).Tutup botol dengan kemas.
5. Letakkan botol tersebut di tengah panas.
6. Selalu2lah kacau setiap hari sehingga ikan bilis hancur. Paling lama 40 hari boleh dihidangkan.




CARA MEMBUAT MAYONIS


Mayonis Buatan Sendiri…..

Bahan2nya

1 biji telur

1/2 tsp garam

1 tbs gula caster

1 1/2 tbs lemon juice

100 ml sunflower or corn oilLada Hitam (optional)

Cara-caranya.


1. Masukkan telur, garam, lemon jus, pepper dalam bowl.
2. Pukul guna whisk sampai putih
3. masukkan minyak sedikit sedikit…jgn masuk banyak2 nanti tak jadi…
4. pukul lagi hingga jadi seperti mayonis.
Resepi nie untuk jumlah yg sedikit sahaja sebab dia tak tahan lama….


SWEET SOUR KETAM

Bahan Bahan

4 ekor ketam bunga [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
2 ulas bawang putih [ditumbuk]
5 cm halia muda [dihiris]
2 s/besar sos cili
3 s/b sos tomato
1 cawan air
1s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]2 biji tomato [dipotong dadu]1 biji telur [pukul sikit]1 biji lada benggala hijau [potong dadu]1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]




Cara Menyediakannya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan hali sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato, lada benggala dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar[hidangan dan sedia dimakan].





SAMBAL TUMIS SOTONG KURUNG

Bahan-bahannya

1 tin sotong dalam tin

1 biji tomato, dipotong baji

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

gula secukup rasa

minyak untuk menumis.


Bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar

1 ulas bawang putih

3 batang lada merah

7 batang cili padi thailand (merah)



Cara-caranya

1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api yang perlahan sehingga bangkit baunya dan rempahnya masak dengan sempurna.
























Ketupat Sotong Goreng

Bahan-bahan
10-12 ekor sotong(sederhana besar)
1 cawan beras pulut
santan
garam
lidi (untuk menyemat sotong)
minyak untuk mengoreng.

Cara-caranya.
1.Bersihkan sotong, buang dakwat hitam tulang belakang sotong.
2.Beras pulut direndam sekejap. Kemudian kukus dgn santan & sedikit garam hingga masak.
3.Masukkan pulut hingga memenuhi ruang2 dlm sotong.
4.Masukkan kepala sotong,kemudian sematkan dgn lidi.
5.Sediakan kuali dgn minyak yg banyak( deep fry lagi bagus ).
6.Goreng sotong tadi hingga kekuningan ( jgn telalu kering, nti sotong akan jd keras bila sejuk.)
7.Sedap dicisac dgn sos cili,sos keropok lekur @ kuah kacang)


Ikan selar rebus asam.

Bahan-bahan
2 ekor ikan Selar (apa jenis ikan yang sewaktu dgnnya.hehehehe...)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 btg bunga kantan
Sedikit daun kesum.
1/2 inci kunyit hidup ( serbuk pun boleh juga )
2 biji cili hidup (sue campur cili besar & cili padi...lagi sedap)
1 btg serai
garam & gula secukup rasa
2 keping asam gelugur (asam keping)
Air secukupnya.

Cara-caranya.

1.Tumbuk @ blend bwg merah,bwg putih,kunyit hidup& cili
2.Serai dititik, Bunga kantan dibelah dua
3.Masak air dalam periuk hingga mendidih
4.Masukkan semua bahan2 tumbuk,asam keping,bunga kantan,daun kesum & serai.
5.Biar sebentar sehingga bahan2 tadi masak.Masukkan garam dan gula.
6.Masukkan ikan,tunggu sehingga ikan masak.Tutup api (nyum...nyum...seda



Friday, 4-08-2009|
Ayam Percik Lada Hitam.... Tauhu Sos Tiram.. Kerabu Daun Selom






PENGHAPUS DOSA-DOSA
Ramadhan adalah bulan untuk menghapus dosa. Hal ini berdasar hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لَمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ
“Shalat lima waktu, dari Jum’at (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah z)


AYAM PERCIK LADA HITAM


Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.


TAUHU SOS TIRAM


Bahan
3 keping tahu lembut [potong 2]
3 s/b sos tiram
2 s/k tepung jagung + 1 cawan air [bancuh]
1 s/k lada sulah
5 tangkai kacang sepat
1 biji tomato
brokoli
carrot
minyak
garam
3 ulas bawang merah [hiris]
1 ulas bawang putih [cincang]

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air, sos tiram sayuran dan tauhu. Tutupkan kuali.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau perlahan.
4. Biarkan mendideh dan nampak pekat.
5. Hidangkan.


KERABU DAUN SELOM


Bahan1 ikat daun selom [bersihkan dan hiris halus]
1 labu bawang besar [hiriskan]
1/2 cawan kelapa
3 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b minyak

Bahan Mesin
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm belacan [jika suka]
50 gram udang kering atau ikan bilis
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan kelapadan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selum dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.
































2 comments: