Thursday, September 3, 2009

Aneka resepi puding



AGAR-AGAR SANTAN


Bahan
1 peket agar-agar [rendamkan sehingga kembang]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 biji telur ayam
1 helai daun pandan


Cara
1. Masakkan agar2 dengan air dan daun pandan sehingga mendideh.
2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendideh lagi.
3. Tapiskan agar kedalam periuk lain. Biarkan mendideh lagi.
4. Gaulkan telur dengan santan sehingga sebati. Tapiskan.
5. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendideh sekejap.
6. Angkat adunan dan tuangkan dalam acuan.
7. sejukkan dan potong untuk dihidangkan

DADIH STRAWBERY


Bahan

1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady

Caranya
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk.

PUDING BUAH SOS KASTAD


Bahan
Puding10 gm agar-agar serbuk
6 gelas air
1 tin fruit koktel [asingkan airnya]
1 helai daun pandan [simpulkan]
2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
pewarna merah

Cara

1. Masukkan serbuk agar-agar, air, dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan air dari fruit koktel. Biarkan mendideh lagi.
3. Tutup api dan buangkan daun pandan.
4. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna merah. Kacau rata.
5. Masukkan dlam acuan atau loyang. Sejukkan.

Bahan Sos Kastad

1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 cawan gula
3 s/b tepung kastad

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masakkan dengna ap sederhana sehingga mendideh dn nampak agak pekar dari sebelumnya.
3. Sejukkan.
4. Hidangkan dengan puding dan juga fruit koktel tadi.


PUDING COKLAT

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 s/b serbuk koko + 1/2 cawan air [dibancuh dan tapiskan]
1 liter susu coklat DUTCH LADY
1 tin fruit koktel

Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendideh sekejap. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam petisejuk.
6. Bila menghidang taburkan fruit koktel



PUDING COKLAT CARAMEL


Bahan A ½ cawan gula [buatkan caramel]

Bahan B
1 tin susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 s/k esen vanilla
4 s/b gula perang
1 s/b serbuk koko
3 s/b tepung jagung

Hiasan…Buah laici dalam tin

Cara

1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yg berisicaramel.
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.


TRIFFLES


Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


PUDING LAPIS KACA


Bahan A

13 gm serbuk agar
170 gm gula
1 liter santan [1 biji kelapa]

Bahan B
13 gm serbuk agar
170 gm gula
1 liter air

pewarna > merah, hijau dan kuning

Cara
1. Masakan bahan A dan B dalam 2 periuk yg berasingan sehingga mendideh.
2. Sediakan loyang 8 x 8 inci.
3. Ambil 4 senduk agar2 B dan tuangkan dalam loyang.
4. Ambil 4 senduk agar2 A [bersantan] dan masukkan warna merah dan kacau rata.
5. Tuangkan perlahan-lahan ditepi loyang atas agar2 yg hampir beku. Ratakan sapuan agar-agar.
6. Ambil pula 4 senduk agar-agar B dan tuangkan perlahan di tepi loyang atas lapisan merah yg hampir beku. Ratakan sekeliling loyang.
7. Ulangkan semua proses melapis sehingga habis semua bahan.
8. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


PUDING AISKERIM


Bahan
10 gm serbuk agar-agar
700 ml air
300 gm gula
400 ml susu cair
60 gm tepung jagung
400 gm aiskrim keladi
15 ml pes keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pes keladi dan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.



PUDING ROTI


Bahan:
500 ml susu segar/fresh milk
10 keping roti (gardenia/high 5)
2 sudu besar buah campur atau kismis
150 ml yogurt perisa buahan
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Cara
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata semua bahan.
3. Tuangkan kedalam loyang yg telah disapukan majerin.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Tuangkan yogurt berperisa bauahan [beli jer] diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
yogurt boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla ataupun cream coklat. Boleh juga hiaskan dengan fruits koktel.


PUDING NENAS


Bahan:
1 peket agar-agar [37 gm]
6 mug air
1 tin buah nenas gelang [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkan tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya.



PUDING JAGUNG RASBERI

Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
5 cawan air

Bahan Agar
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.


PUDING ROTI WARNA-WARNI

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
pewarna ~~ merah dan hijau

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 3 bahagian.
6. Masukkan warna merah dan hijau dalam 2 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan warna berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.


Puding Back-Up


Bahan
Jeli mangga, laici dan jeli sumi
buah laici dalam tin [asingkan airnya]

Sos Oren

1 Liter oren Feel Fresh [kotak]
3 bekas [150ml] yogurt berperisa buah oren atau salad buah2
3 s/b oren sunquick

Cara
1. Buangkan packing semua jeli dan masukkan dalam serving bowl
2. Bancuhan kuah sos oren dan hidangkan sejuk.


PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

1 comment:

  1. Casino Review 2021 - Get Real With a Bonus Bonus
    Read a review of Casino Canada. Claim your 강원 랜드 쪽박 걸 가격 bonus, deposit and withdrawal guide, and discover if they offer any bonuses for Canadian players.Games: 700+Video Slots, pci e 슬롯 100+ 개집 왕 Live 양방배팅 Casinos Rating: 3.9 룰렛전략 · ‎Review by PokeransGuido

    ReplyDelete